بسم الله الرحمن الرحيم
“Setiap
kalian adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya, seorang
penguasa adalah pemimpin bagi rakyatnya dan bertanggungjawab atas mereka,
seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggungjawab
atasnya. Seorang hamba sahaya adalah penjaga harga tuannya dan dia
bertanggungjawab atasnya”. (HR Bukhari)
Pemimpin seharusnya mencontohi sikap & cara para sahabat Nabi SAW seperti khalifah Umar Al-Khattab r.a dlm mentadbir umat Islam . Diceritakan pada suatu ketika, khalifah Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah. Tiba di satu tempat, Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan. Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit tidak puas hati kepada Saidina Umar r.a kerana tidak membantunya. Saidina Umar r.a memberi salam lalu menyapanya. Apabila bertanya kepada wanita itu, barulah Saidina Umar r.a ketahui bahawa wanita tersebut hidup dalam kemiskinan dan tiada duit untuk membeli makanan untuk anak-anaknya. Hanya dengan merebus batu di dalam periuk dapat menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang dimasak oleh ibu mereka. Sehinggalah anak-anak itu tertidur.
Saidina
Umar r.a berdukacita mendengar keluhan wanita tersebut kerana dia sebagai
khalifah tidak prihatin akan nasib rakyatnya yang hidup miskin walaupun ramai
rakyat di negaranya pada masa itu ada yang hidup mewah. Setelah Umar membantu
wanita tersebut, wanita tersebut menyatakan sepatutnya dialah yang layak
menjadi khalifah. Sedangkan dia tidak tahu bahawa orang yang membantunya itu
adalah Saidina Umar r.a.
Keesokan
harinya, Saidina Umar r.a telah memanggil wanita itu datang mengadap dan menghadiahkannya
wang. Saidina Umar r.a merayu pada wanita tersebut agar berjanji tidak
mendakwanya di hadapan Allah SWT di akhirat nanti. SubhanAllah, sampai begitu
sekali tawadhu’ dan takutnya Saidina Umar r.a pada kemurkaan Allah SWT.
Sikap
seperti Saidina Umar r.a beginilah sebenarnya dikatakan Amirul Mukminin, iaitu
pemimpin kepada orang-orang mukmin dan menjadi contoh teladan yang perlu
dicontohi oleh para pemimpin. Sedangkan Saidina Umar r.a yang telah dijanjikan
syurga oleh Nabi Muhammad SAW pun masih lagi takut akan disoal di akhirat kelak
mengenai kepimpinannya, apatah lagi kita yang tidak dijanjikan syurga ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan