Jumaat, 31 Mei 2013

~ KUASA DOA ~



بسم الله الرحمن الرحيم


Doa adalah senjata orang mukmin
Dalam Islam, kita di minta untuk sentiasa berdoa kpd Allah setiap masa. Malah, walau di saat senang pun kita di minta untuk memanjatkan doa kpd Allah..menunjukkan kesyukuran kita kpd Allah..Namun, dalam berdoa kita juga perlulah sentiasa bersangka baik dgn Allah..


Bersangka baiklah kpd Allah dlm setiap perkara

Sebagai hamba Allah, kita di anjurkan supaya redha menerima qada’ & qadar yg berlaku dlm hidup kita..namun, adakah kita lupa dgn KUASA DOA??
Firman Allah:  “ Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”(Surah Ar-Rad:11).


Doa dpt mengubah sesuatu yg buruk menjadi baik

Namun, jika segala apa yg diminta kpd Allah tidak dimakbulkan, jgnlah sesekali kecewa dgn Allah kerana itu adalah ujian Allah kpd hambanya utk melihat tahap keimanan mereka..



p/s: Bersangka baik dgn Allah menjadikan hidup kita sentiasa positif..^_*

Khamis, 30 Mei 2013

~ MARAH DIBENARKAN DALAM ISLAM?? ~


بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap manusia berhak utk meluahkan kemarahannya. Malah, kadang kala sifat marah memang perlu apabila ianya mampu memberikan kesan positif kepada orang yang dimarahi sehingga mereka dapat berubah dan menyedari kesalahan.


Kawallah marahmu, sesungguhnya Allah suka hambanya yg dpt kwl kemarahannya 

Mencontohi cara Rasulullah SAW ketika marah amat elok untuk dipraktikkan. Rasulullah SAW memilih untuk mendiamkan diri ketika marah kerana baginda lebih suka menjaga perasaan orang lain daripada menyakitkan hati mereka.

Ini kerana ketika marah, tanpa disedari kita boleh mengeluarkan kata-kata kesat atau perbuatan yang boleh menyakitkan hati orang lain. Itulah sebabnya Rasulullah lebih memilih untuk diam ketika marah.


Jom kita amalkan doa ini agar kita sama2 dpt mengawal kemarahan kita

Allah Taala yang memiliki seluruh isi langit dan bumi juga lebih mengutamakan cinta dan kasih sayang terhadap hamba-hambaNya berbanding kemurkaan-Nya. Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: “ ketika Allah menciptakan makhluk, Allah menulis di dalam kitab-Nya, Dia menulis atas diri-Nya, Dia meletakkan di sisi-Nya pada Arasy: “ Sesungguhnya rahmat-Ku melebihi kemurkaan-Ku.” (Riwayat Bukhari).





Rabu, 29 Mei 2013

~ PETUA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT ~

Pemakanan yg tidak teratur & tidak seimbang penyumbang kpd pelbagai masalah kesihatan. Maka bermulalah timbul pelbagai penyakit yg kronik seperti kecinh manis & sakit jantung..kalau kita rajin membaca sirah Rasulullah SAW, baginda sebenarnya amat menitik beratkan kesihatan..

Cuba kita perhatikan pesanan baginda agar kita terhindar daripada sebarang penyakit dengan mengamalkannya..
·         Tidak minum susu bersama daging
·         Tidak makan daging bersama ikan
·         Tidak makan ikan bersama susu
·         Tidak makan ayam bersama susu
·         Tidak makan ikan bersama telur
·         Tidak makan ikan bersama daun salad
·         Tidak makan buah bersama susu (koktel)

Tamar adalah buah kesukaan Rasulullah

Malah Rasulullah SAW juga tidak makan buah selepas makan sebaliknya makan buah dahulu kemudian barulah makan..berbeza sekali dgn cara pemakanan Rasulullah SAW jika dibandingkan dgn kita yg akan makan buah slps makan..


 
Makanan yg sihat ialah makanan yg seimbang 
Penyakit yg kebanyakkan daripada kita hidapi pada hari ini adalah disebabkan tidak pernah mempedulikan sunnah Rasulullah SAW dalam menjaga pemakanan harian..

Ayuh kita tukar pola pemakanan kita ikut Rasulullah SAW..^_*


Isnin, 27 Mei 2013

~ KU ADAMU TUHAN ~


بسم الله الرحمن الرحيم 
{Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani}


Suasana pg yg cukup damai..Alhamdulillah, syukur kpd Allah krn masih diberi kesempatan utk bernafas dan melihat bumi Allah yg indah permai..bermula satu lagi hari yg penuh dgn cabaran sebagai penuntut ilmu yang setia..tahun 3 yg penuh dgn cabaran dan liku2 hidup..sabarlah wahai penuntut ilmu..

Ijazah yg bakal ku genggam tidak lama lagi..InsyaAllah

ingatlah selalu kata2 Imam Syafie - 
tahanlah peritnya menuntut ilmu hanya utk seketika, " Bila kamu tak tahan LELAHNYA belajar, maka kamu akan menanggung PERITNYA KEBODOHAN".

Ingatlah wahai penuntut ilmu.. ilmu adalah kunci segala kebahagiaan

Sesungguhnya kesusahan yg ditanggung hanya sementara krn inilah permulaan utk kehidupan yg lebih bhgia kelak..dan ingatlah wahai penuntut ilmu, sesungguhnya segala kesusahan ada kesenangannya & segala kesenangan ada kesusahannya..dan hanya pada ALLAH jualah tempat meminta pertolongan..kerana ku adaMU Tuhan~


 ~ AdaMu ~ 

Merenung ke luar jendela..
Melihat kebesaranNya..
Mensyukuri segala nikmat...
Yang dikurniaNya di dunia...

Kau berikan ku kekuatan..
Tuk berpegang pada jalan..
Walau penuh dengan cabaran..
Ku tahu ku adaMu Tuhan..

Kerna kau yang satu..
Yang setia bersama ku..
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu..
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu..
Bantulah hambaMu mencari.. keredhaanMu..

Ku tahu ku adaMu..
Ku adaMu selalu..

Merenung ke luar jendela..
Melihat kebesaranNya..
Walau penuh dengan cabaran..
Ku tahu ku adaMu Tuhan..

(ikuti lagu dari Najwa Latif)

 
Ilmu tetap ku tuntut walaupun pelbagai cabaran ku hadapi
Adakalanya kita akan hadapi kegagalan dalam hidup. Malah semua orang pernah mengalaminya...orang yang hebat ialah orang yang tidak pernah berputus asa setiap kali menghadapi kegagalan dalam hidupnya bahkan mereka menjadikan kegagalan itu sebagai semangat untuk terus bangkit semula, krn ALLAH tidak suka hamba2Nya yg lemah dan cepat berputus asa dalam hidup..SEORG MUSLIM PERLU KUAT UTK MEMPERTAHANKAN AGAMANYA dan kita perlulah sentiasa ingat bahawa ALLAH selalu ada utk hambaNya dikala susah dan senang, hanya hambaNya saja selalu lalai dan lupakan ALLAH..

"Ya ALLAH, jadikanlah aku hamba yg sentiasa mengingatiMu di setiap hembusan nafasku & jadikanlah aku hamba yg sentiasa bergantung harap hanya padaMu "..AMIN. 









Ahad, 26 Mei 2013

~TUHAN LEBIH SAINTIFIK~

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara kajian sains yg dilakukan oleh golongan barat dgn kitab al-Quran yg mulia yg merupakan kalam Allah  kpd hambaNya, yg manakah yg lebih saintifik???


Golongan barat menyangka mereka sangat saintifik krn byk hasil kajian yg telah dilakukan mereka. Sehinggakan manusia yg kurang pengetahuannya menerima tanpa mengkajinya lebih dahulu. Namun, sedarkah kita bahawa al-Quran jauh lebih saintifik.

Al-Quran bukti Allah lebih saintifik


Al-Quran bukanlah kitab sains bahkan kitab petunjuk seluruh kehidupan dan kehebatannya merangkumi aspek sains. Al-Quran tidak sama sekali menolak kajian sains bahkan sains membawa kpd lebih mengenal tuhan pencipta iaitu ALLAH TAALA..


Firman Allah Taala dlm Surah al- Fussilat ayat 53 yg bermaksud: " Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar."

Ramai saintis terkemuka di dunia memeluk Islam setelah meneliti ilmu-ilmu mereka dgn kebenaran yg terkandung dlm al-Quran..seperti Profesor Keith Moore, penulis buku Anatomi yg menjadi rujukan sekolah perubatan di seluruh dunia. Beliau memeluk Islam setelah bertemu dgn ayat al-Quran yg menceritakan mengenai proses perkembangan janin.
Proses perkembangan janin bukti kebenaran al-Quran


Malah, Albert Einstein, pemenang Hadiah Nobel pernah menyebut: Sains tanpa adalah lemah / tempang dan agama tanpa sains adalah buta".

Ikuti ceramah Al-Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin & penemuan sains dlm al-Quran utk membongkar kehebatan & kebenaran al-Quran.


Sabtu, 25 Mei 2013

~ BULAN REJAB DATANG LAGI ~


 بسم الله الرحمن الرحيم

Bulan Rejab adalah salah satu bulan yg istimewa dlm kalendar Islam & merupakan bulan ke 2 sebelum bulan Ramadan..biasanya di bulan Rejab ahli-ahli ibadat mula bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Ramadan yg mulia dgn berjinak-jinak melakukan ibadat terutamanya ibadat puasa di bulan Rejab..


Hadis Rasulullah SAW:
إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu; barang siapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.

Banyak terdapat hadis2 palsu & dhaif berkenaan dgn fadhilat puasa di bulan Rejab..Jom kita dengar ceramah Ustaz Azhar mengenai bulan Rejab..



Walaupun tiada amalan yg khusus dlm bulan Rejab, tetapi amalan melakukan ibadat puasa sunat tetap digalakkan dengan niat melakukan puasa sunat bukannya kerana khusus bulan rejab semata-mata..

Jom kita sama2 amalkan membaca doa ini sepanjang bulan Rejab..semoga kita memperolehi ganjaran di sisi Allah dengan membaca doa ini..



Selain itu, rasanya tak rugikan jika kita mengamalkan zikir @ tasbih sepanjang bulan ini..









Isnin, 20 Mei 2013

~KEKUATAN TERAPI MAAF ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda: “ Orang yg paling kuat diantara kamu adalah orang yg mampu mengawal hawa nafsunya ketika marah. Manakala orang yg paling santun di antara kamu adalah orang yg memaafkan ketika mampu melakukan pembalasan.” ( riwayat al-Baihaqi).

Memberi kemaafan tidak bererti kita lemah

Ramai yg beranggapan bahawa memberi kemaafan akan menjadikan kita lemah. Tapi sedarkah kita bahawa orang yg memberi kemaafan itu sebenarnya adalah orang yg kuat..

Hulurlah tanganmu utk memberi kemaafan dlm mencari ketenangan hidup

Jika kita memberi kemaafan, sebenarnya kita melakukannya bukan utk orang lain tetapi adalah utk kita juga..jika kita renung jauh ke dalam diri, dgn kemaafan sebenarnya memberi kita satu ketenangan dalam diri..





Ahad, 19 Mei 2013

~ SAMBUT HARI IBU HARAM?? ~


بسم الله الرحمن الرحيم

Walaupun dh sminggu dh berlalu hari ibu, tapi ku tetap juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat ummiku yg tercinta..bagiku hari ibu ini bukanlah disambut hanya pada minggu kedua dlm bulan Mei saja, tapi setiap hari adalah hari ibu kerana jasa & pengorbanan ibu mesti di hargai setiap hari & bukannya hanya hari-hari tertentu saja..

Terima kasih Ummi


Banyak desas-desus yg menyatakan bahawa menyambut hari ibu adalah HARAM...adakah kenyataan ini benar??? Jom kita dengar apa kata big boss kita berkenaan sambutan hari ibu ini..



Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menghormati & menghargai jasa ibu bapa kita setiap hari, bukannya terhad pada hari-hari tertentu saja seperti Hari Ibu & Hari Bapa..


Ibu adalah insan yg tidak jemu mencurahkan kasih sayang kpd anak2nya


Firman Allah Taala: “ Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah kamu menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia ( yang bersopan santun). Dan hendaklah kamu merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah ( untuk mereka, dengan berkata): “ Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil.” { Surah al- Israa’, Ayat 23-24}.


p/s: khas untuk ummiku yg tercinta..TERIMA KASIH UMMI...^_^



Jumaat, 17 Mei 2013

~JASAMU GURU~

بسم الله الرحمن الرحيم


Guru adalah insan yg sanggup berkorban utk kejayaan anak didiknya..Tanpa mereka, kita x akan tahu membaca & menulis..Guru yg pertama hadir dlm diri anak-anak adalah ibu bapa..merekalah insan pertama yg mengajar anak-anak erti kehidupan sejak lahirnya anak ke dunia tanpa rasa jemu..

Ibu bapa guru pertama anak-anak

Islam meletakkan tugas sebagai seorang guru  dalam mentarbiah dan mendidik di tempat yang sengguh mulia. Setiap masa yang digunakan dalam mendidik dan membimbing dikira sebagai ibadat. Malah setiap langkah untuk menyampaikan ilmu akan mendapat satu pahala dan dihapuskan dosa. 
Guru merupakan insan yg mulia di sisi Islam

Daripada Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda, “ Menuntut ilmu adalah satu kefardhuan atas tiap-tiap Muslim”  { HR Ibnu Majah }. 

Allah S.W.T berfirman, “ Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” { Al-Mujadalah 8:11}.


p/s: Selamat hari guru kpd guru-guru yg pernah mengajarku secara langsung @ secara x langsung tanpa rasa jemu selama ini..
Kejayaan ku hari ini berkat jasamu guru


tiada ungkapan yg lebih bermakna yg dpt ku ucapkan selain ucapan 
"TERIMA KASIH CIKGU"..  


p/s: tiba2 t'ingat zaman sekolah menengah dulu..huhu..=)



Jumaat, 12 April 2013

~KEPIMPINAN UMAR AL-KHATTAB MENJADI CONTOH~


بسم الله الرحمن الرحيم

“Setiap kalian adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya, seorang penguasa adalah pemimpin bagi rakyatnya dan bertanggungjawab atas mereka, seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggungjawab atasnya. Seorang hamba sahaya adalah penjaga harga tuannya dan dia bertanggungjawab atasnya”. (HR Bukhari) 





Pemimpin seharusnya mencontohi sikap & cara para sahabat Nabi SAW seperti khalifah Umar Al-Khattab r.a dlm mentadbir umat Islam . Diceritakan pada suatu ketika, khalifah Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah.  Tiba di satu tempat, Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan. Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit tidak puas hati kepada Saidina Umar r.a kerana tidak membantunya. Saidina Umar r.a memberi salam lalu menyapanya. Apabila bertanya kepada wanita itu, barulah Saidina Umar r.a ketahui bahawa wanita tersebut hidup dalam kemiskinan dan tiada duit untuk membeli makanan untuk anak-anaknya. Hanya dengan merebus batu di dalam periuk dapat menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang dimasak oleh ibu mereka. Sehinggalah anak-anak itu tertidur.

Saidina Umar r.a berdukacita mendengar keluhan wanita tersebut kerana dia sebagai khalifah tidak prihatin akan nasib rakyatnya yang hidup miskin walaupun ramai rakyat di negaranya pada masa itu ada yang hidup mewah. Setelah Umar membantu wanita tersebut, wanita tersebut menyatakan sepatutnya dialah yang layak menjadi khalifah. Sedangkan dia tidak tahu bahawa orang yang membantunya itu adalah Saidina Umar r.a.
Keesokan harinya, Saidina Umar r.a telah memanggil wanita itu datang mengadap dan menghadiahkannya wang. Saidina Umar r.a merayu pada wanita tersebut agar berjanji tidak mendakwanya di hadapan Allah SWT di akhirat nanti. SubhanAllah, sampai begitu sekali tawadhu’ dan takutnya Saidina Umar r.a pada kemurkaan Allah SWT.






Sikap seperti Saidina Umar r.a beginilah sebenarnya dikatakan Amirul Mukminin, iaitu pemimpin kepada orang-orang mukmin dan menjadi contoh teladan yang perlu dicontohi oleh para pemimpin. Sedangkan Saidina Umar r.a yang telah dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad SAW pun masih lagi takut akan disoal di akhirat kelak mengenai kepimpinannya, apatah lagi kita yang tidak dijanjikan syurga ini.






Sabtu, 30 Mac 2013

~TAK KENAL MAKA TAK CINTA~

بسم الله الرحمن الرحيم 

{Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani}

Selamat mengunjungi ke laman coretanku yg serba kekurangan ini..Ku hanya hamba Allah yg biasa2 saja & rasanya tiada yg istimewa tentang diriku ini..namaku Nabilah..berasal dari sebuah negeri di Malaysia yg dikenali sebagai negeri che siti wan kembang & diriku ini masih lagi seorang mahasiswa yg sentiasa dahagakan ilmu Allah..





Bagi ku seseorang yg kaya dengan ilmu namun miskin dengan akhlak yg baik tetap seorang yg tiada ilmu..ilmu yg manfaat ialah ilmu yg berguna kepada org yg menimba ilmu itu & org lain juga turut mendapat kelebihan daripada ilmu yg dipelajarinya itu..